'Kami tak percaya sebab demam campak'

Orang asli Kampung Kuala Koh yang kehilangan keluarga dalam tragedi bulan lalu mempersoal punca kematian 15 orang asli di sini.
Orang asli Kampung Kuala Koh yang kehilangan keluarga dalam tragedi bulan lalu mempersoal punca kematian 15 orang asli di sini.
A
A
A

GUA MUSANG - Masyarakat orang asli suku Bateq, mempersoalkan pengesahan Kementerian Kesihatan berkenaan punca kematian 15 orang asli Kampung Kuala Koh, berpunca dari wabak penyakit measles atau demam campak.

Guru agama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Mohd Fadzli Mamok, 31, berkata, setelah melalui beberapa perbincangan bersama wakil penduduk, mereka merasakan pengesahan itu tidak munasabah.

Katanya, biarpun ia sudah sebulan berlalu, namun ia tetap memberi kesan kepada kaum mereka sehingga masyarakat takut untuk dekat.

Fadzli
Fadzli

"Saya orang suku kaum Bateq, mahu jawapan sebenar dalam hal Kuala Koh. Mereka katakan penyakit campak, ia tidak munasabah.

"Seramai 15 orang asli mati dan lebih seratus yang terlibat sehingga dikejarkan ke hospital. Kesannya kami yang rasa bila orang luar takut untuk mendekati kami.

"Ada yang menganggap penyakit ini datang dari suku kaum Bateq. Sampai bila kami perlu hadap semua ini? Ia betul-betul tidak masuk akal," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian 12 mayat orang asli tidak dapat disahkan.

Artikel Berkaitan:

Salah seorang mangsa, Farah Rahim, 20, meninggal dunia akibat wabak yang menyerang orang asli Kuala Koh.
Salah seorang mangsa, Farah Rahim, 20, meninggal dunia akibat wabak yang menyerang orang asli Kuala Koh.

Katanya, keputusan terhadap ujian toksikologi, logam berat dan entomologi masih belum diperolehi.

Kesemua mayat menjalani proses bedah siasat pada 17 dan 18 Jun lalu.

Sejak wabak ini dilaporkan pada 3 Jun, kumulatif kes bergejala yang dilaporkan adalah sebanyak 173 kes, iaitu 147 kes di Kelantan, termasuk 3 kematian, 18 di Terengganu dan lapan di Pahang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!