Hulur bantuan kepada 42 asnaf

Jack (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada pesakit kanser, Anita Abdul Ghani, 52, di Taman Banggol Indah.
Jack (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada pesakit kanser, Anita Abdul Ghani, 52, di Taman Banggol Indah.
A
A
A
KEMAMAN - Prihatin dengan kesusahan hidup golongan asnaf, syarikat swasta Sea Dragon Trading dan Sukarelawan Banggol Indah Fasa 1 menghulurkan sumbangan makanan, barangan keperluan harian dan wang tunai kepada seramai 42 buah keluarga asnaf di tujuh buah kampung di daerah ini.

Pengurus Sea Dragon Trading, Jack Yu Ming Siew berkata, bantuan yang disalurkan itu diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan harian penerima terutama mereka yang sakit terlantar dan memerlukan perbelanjaan khusus untuk lampai pakai buang dan ubat-ubatan.

Katanya, pertolongan itu juga membolehkan syarikatnya yang terlibat dalam kerja-kerja pembalakan dan menjual pasir dapat menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan.

"Sebahagian sumbangan kita sampaikan secara terus kepada penerima dengan menziarahi rumah mereka, jadi kita dapat melihat situasi kehidupan mereka yang sebenar dan dapat memberi perangsang kepada mereka untuk terus kuat.

"Kita akan teruskan lagi program ini pada masa akan datang dan mungkin akan tambah lagi jumlah penerima. Sebelum ini syarikat saya lakukan kerja-kerja kebajikan ini di Kuantan dan kali ini dikembangkan ke Kemaman," katanya.

Enam kawasan yang menerima sumbangan itu adalah dari Taman Banggol Indah, Paya Berenjut, Mak Lagam, Kampung Padang Lalang Binjai, Kampung Fikri, Taman Fikri dan Chendor.

Sementara itu, wakil Sukarelawan Banggol Indah Fasa 1, Tay Siong Kwang berkata, program secara kerjasama itu membolehkan bantuan disalurkan kepada penerima yang benar-benar layak kerana sebagai penduduk di kawasan itu, mereka mengenali penduduk yang kurang bernasib baik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!