'Lufkin Licker' berdepan hukuman penjara 20 tahun

'Lufkin Licker' menjilat sebekas aiskrim sebelum meletakkannya kembali ke dalam peti sejuk di sebuah pasar raya di Texas. -Foto@BlindDensetsu/Twitter
'Lufkin Licker' menjilat sebekas aiskrim sebelum meletakkannya kembali ke dalam peti sejuk di sebuah pasar raya di Texas. -Foto@BlindDensetsu/Twitter
A
A
A

TEXAS - Seorang wanita diberi nama jolokan 'Lufkin Licker' yang dirakam menjilat sebekas aiskrim sebelum meletakkannya kembali ke dalam peti sejuk di sebuah pasar raya di Texas, Amerika Syarikat berdepan hukuman penjara 20 tahun.

Rakaman video yang telah ditonton lebih 11 juta kali itu dipercayai diambil di sebuah cawangan pasar raya Walmart di Lufkin, Texas.

"Detektif kami sedang berusaha mengesahkan identiti suspek wanita dalam video tular yang merakam aksinya menjilat aiskrim jenama Blue Bell 'Tin Roof' di sebuah pasar raya Walmart pada kira-kira jam 11 malam (waktu tempatan) 28 Jun lalu.

"Sebaik identitinya disahkan detektif akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya atas tuduhan merosakkan produk pengguna," kata kenyataan polis.

Polis berkata, detektif turut cuba mengenal pasti lelaki yang dilihat memasuki pasar raya tersebut bersama-sama wanita berkenaan.

Dalam pada itu, pihak Blue Bell dilaporkan menarik balik kesemua aiskrim 'Tin Roof' dari pasar raya terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!