Guru maut ketika melintas jalan

No Image Caption
A
A
A

BESUT - Seorang guru muda maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di hadapan Masjid Pangkalan Udara Gong Kedak, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira -kira jam 8.15 malan itu, mangsa Adam Shukran Mohd Shukran,27, dari Kampung Nyior Tujuh, Jertih, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Madini, Gelang Patah, Johor mahu melintas untuk ke keretanya yang berada di seberang jalan.

"Dalam masa yang sama datang sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Kuala Besut dan melanggar mangsa.

"Memandangkan jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta berusia 18 tahun itu terlanggar pejalan kaki tersebut," katanya.

Mohd Zamri berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut waris.

Menurutnya, keadaan jalan di situ agak gelap kerana kurang lampu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!