TFC II yakin ke tangga tiga teratas Liga Perdana

Kapten Terengganu FC II (TFC II) Akanni Sunday Wasiu (kiri) yang cuba menanduk bola ke gawang gol namun dihalang oleh Kapten Pulau Pinang Kang Seunjo (dua, kiri) pada saingan Liga Premier Malaysia 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. - Foto Bernama
Kapten Terengganu FC II (TFC II) Akanni Sunday Wasiu (kiri) yang cuba menanduk bola ke gawang gol namun dihalang oleh Kapten Pulau Pinang Kang Seunjo (dua, kiri) pada saingan Liga Premier Malaysia 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

JURULATIH Terengganu FC ll (TFC ll) Tengku Hazman Raja Hassan yakin mampu melonjakkan pasukannya ke tangga ketiga Liga Perdana musim ini.

Katanya, keyakinan itu bersandarkan prestasi semasa anak buahnya, yang semakin meningkat terutama pemain muda tempatan yang diberi peluang beraksi dalam hampir setiap perlawanan pada pusingan kedua liga.

"Secara peribadi saya sasarkan untuk menempatkan TFC ll dalam kelompok lima terbaik Liga Perdana pada musim ini.

"Tetapi apabila melihat pada jurang satu mata dengan UiTM FC yang pada masa ini berada di tempat ketiga dan ada lagi baki tiga perlawanan, saya yakin 'The Turtle' mampu naik ke tangga tiga teratas, sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat tercorot pada musim lalu," katanya selepas menentang Pulau Pinang, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

Pada pertemuan itu, TFC ll seri satu sama, dengan skuad Harimau Kumbang.

Mengulas perlawanan malam tadi, Tengku Hazman berkata secara keseluruhan pemainnya berjaya melaksanakan perancangan yang dibuat, namun ketumpulan di bahagian serangan menyebabkan banyak peluang yang dihasilkan, tidak dapat diterjemah dengan jaringan gol.

"Saya akui kelemahan ini masih menghantui kita walaupun sudah masuk perlawanan ke-17 iaitu akhir musim,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!