Pihak berkuasa terus perangi aktiviti bom ikan

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah bersama agensi berkaitan akan terus memerangi aktiviti pengeboman ikan, yang didapati dilakukan beberapa pihak ketika aktiviti menangkap ikan.

Pengarah Maritim Sabah, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata pihaknya akan meneruskan pemantauan dan operasi khas yang dilakukan di perairan Kota Belud, Mantanani dan Pulau Gaya sejak Mei, berikutan aduan dan maklumat risikan mengenai kegiatan mengebom ikan yang dilakukan di kawasan berkenaan.

"Aktiviti itu juga didapati dilakukan oleh pendatang tanpa izin dan penempatan mereka yang melakukan juga telah dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Kamaruszaman berkata APMM juga akan terus bekerjasama dengan pihak Esscom dengan menggerakkan aset dan tenaga kerja agar usaha membanteras aktiviti itu berjalan lancar.

Katanya insiden meragut nyawa dua pelancong asing dan seorang warga tempatan ketika menyelam berhampiran Pulau Kulapuan, Semporna pada 5 Julai, telah menggemparkan warga maritim dan usaha memerangi aktiviti haram itu akan dipertingkatkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!