Penggabungan ladang Felda beri manfaat pada peneroka: PM

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan bakal melakukan penggabungan ladang-ladang peneroka Felda di seluruh negara dalam memastikan dapat diuruskan dengan lebih baik dan tersusun.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan ini akan diuruskan oleh mereka yang pakar dalam bidang pengurusan perladangan.

Menurutnya, pelbagai jenis tanaman juga akan dilaksanakan hasil penggabungan agar peneroka tidak hanya bergantung kepada hasil kelapa sawit serta getah semata-mata.

“Kalau kita mempunyai ladang besar, tanah tersebut boleh ditanam dengan pokok buah atau sayur-sayuran yang sekarang memiliki permintaan besar di negara ini.

“Apabila harga kelapa sawit dan getah jatuh, kita masih memperoleh pendapatan daripada tanaman-tanaman lain. Dengan itu tak perlulah subsidi daripada kerajaan apabila harga komoditi ini jatuh, sebaliknya dengan menjual hasil tanaman selingan ini kita dapat menyara hidup sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 yang bertemakan ‘Peneroka Mandiri, Felda Lestari’ di Felda Selancar 3 di sini, hari ini.

Dr Mahathir merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 bertemakan ‘Peneroka Mandiri, Felda Lestari’ di Felda Selancar 3 di sini, hari ini.
Dr Mahathir merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 bertemakan ‘Peneroka Mandiri, Felda Lestari’ di Felda Selancar 3 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan yakin jika penggabungan ini berjaya dilaksanakan, peneroka dapat menjana hasil yang banyak di samping meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Beliau juga berkata, kerajaan kini sedang mencari peneroka yang bersetuju dengan cadangan tersebut di mana berkemungkinan boleh mencapai kira-kira 2000 ekar tanah selepas digabungkan.

"Daripada gabungan itu, sebanyak 200 ekar akan digunakan untuk tanaman selain sawit dan getah, manakala 1800 ekar lagi akan diteruskan dengan tanaman getah dan sawit.

"Ia lebih menarik keuntungan di mana peneroka akan dapat bergantung kepada saiz tanah yang mereka cantum. Lagi besar lagi untung mereka.

"Keuntungan penggabungan ini juga adalah bagi peneroka yang suka bekerja, mereka dia boleh uruskan ladang (penggabungan) tersebut namun, jika dia tidak mahu, mereka boleh saja ambil keuntungan atas penggabungan ladang itu," katanya.

Dr Mahathir turut berkata, kerajaan sentiasa mahukan peneroka mempelbagaikan tanaman dengan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam satu kawasan yang bukan sahaja bukan mendapat keuntungan di dalam negeri malahan mampu diimport dan mendapat hasil dari luar negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!