Perpaduan rakyat wujud daripada sistem pendidikan: Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan terima mengadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik: Foto Royal Press Office (RPO)
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan terima mengadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik: Foto Royal Press Office (RPO)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sistem pendidikan berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda Tuanku bertitah, semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah seiring dengan usaha untuk memupuk nilai-nilai keharmonian antara kaum, disamping memberi penekanan kepada subjek Sejarah bagi mengukuhkan lagi jati diri rakyat.

“Sistem pendidikan berperanan dalam menjadi medium penting sebagai pemangkin perpaduan kaum di negara ini,” titahnya kepada Royal Press Office (RPO) seperti dipetik dari Facebook rasminya di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima mengadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan terima mengadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Foto Royal Press Office (RPO)
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan terima mengadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Foto Royal Press Office (RPO)

Pertemuan bersama Sultan Ibrahim itu berlangsung lebih sejam, dan Maszlee turut mendapatkan pandangan daripada baginda Tuanku berhubung hala tuju serta sistem pendidikan negara.

Sultan Johor turut bertitah menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan pelajar sekolah tanpa mengenepikan Bahasa Melayu.

“Begitu juga dengan cadangan di mana Bahasa Mandarin dan Tamil boleh turut dipelajari bersama-sama dan menjadi kelebihan dalam penguasaan Bahasa.

Artikel Berkaitan:

“Kemahiran menguasai pelbagai Bahasa bukan sahaja suatu perkara baik, malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum,” titahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!