Ajak ada sebab tampilkan anak dalam muzik video

No Image Caption
A
A
A

PELAWAK dan pengacara yang kini turut aktif dalam bidang nyanyian, Ajak Shiro mengakui seronok bekerja dengan dua anak lelakinya, Jad Thaqif, 8, Had Thaqif, 5, yang ditampilkan dalam muzik video single single terbaharunya, Yang Mano.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 33, tindakannya menampilkan anak sendiri dalam muzik video tersebut bukanlah untuk ‘menjual anak’, tetapi kerana kesesuaian jalan cerita single tersebut yang mengangkat tema kekeluargaan,

“Saya tak nak orang ingat saya nak ‘jual’ anak-anak saya pula dalam muzik video ini. Namun ada sebab kenapa saya tampilkan mereka dalam muzik video ini.

“Lagu ini tentang keluarga, jadi lebih baik pakai anak-anak sendiri untuk nampak lebih serasi. Malah saya sendiri rasa lebih mudah bekerja dengan mereka untuk jalan cerita sebegini.

“Memang saya boleh sahaja pakai talent daripada luar, tetapi saya tengok anak-anak saya pun ada bakat dan boleh menari. Masa di studio, mereka punya tarian pun lagi bagus daripada saya selepas mendapat bantuan daripada Alam Wakaka,” kata Ajak.

No Image Caption

Yang Mano merupakan lagu berentak catchy dan komedi ciptaan Ezra Kong dan Altimet selaku penulis lirik.

“Saya sendiri tak sangka dapat peluang bekerjasama dengan dua nama besar ini. Apa pun alhamdulillah dan terima kasih kepada mereka kerana sudi bagi saya peluang untuk bekerjasama menerusi lagu ini.

Artikel Berkaitan:

“Proses rakaman pun berjalan dengan lancar dan secara jujur saya sebenarnya tak sangka rakaman pertama itu terus pakai untuk lagu ni. Alhamdulillah semuanya OK.

“Tak adalah saya nak cakap saya ni bagus, cuma mungkin lagu komedi ini tak perlukan nyanyian yang hebat sangat, jadi ia lebih mudah untuk saya,” akuinya yang bakal tampil sebagai hos program Raja Lawak Junior tidak lama lagi.

Single Yang Mano kini boleh didapati di semua platform muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. Manakala muzik video rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!