Ustaz tak lut ditembak enam peluru

Salleh masih dirawat di Hospital Pattani setelah menjadi sasaran enam peluru ketika dalam perjalanan ke masjid, 1 Julai lalu.
Salleh masih dirawat di Hospital Pattani setelah menjadi sasaran enam peluru ketika dalam perjalanan ke masjid, 1 Julai lalu.
A
A
A

PATTANI - "Saya tak kebal cuma ALLAH SWT masih mahu simpan nyawa saya," itu penjelasan ringkas seorang ustaz pondok di Pattani yang dikatakan tidak lut ditembak dalam kejadian 1 Julai lalu.

Yusuh Yala, 56, atau lebih dikenali sebagai ustaz Salleh atau Baba Yusuh dari Pondok Wattanatham Islam di daerah Panare, Pattani, selatan Thailand cedera di bahagian dada selepas menjadi sasaran enam peluru ketika dalam perjalanan ke masjid berdekatan rumahnya untuk solat Isyak.

Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam (waktu tempatan) itu, Salleh berkata, dia bernasib baik kerana semua peluru tersasar menembusi lapisan bawah kulit badannya sahaja.

“Walau ramai yang tanya apa ilmu saya tetapi saya nyatakan bahawa saya tak kebal kerana ALLAH SWT masih sayangkan saya.

"Keadaan agak gelap dan saya tak nampak tembakan dari arah depan atau tepi.

"Peluru terkena sipi depan badan termasuk kena bahu kanan dan tembus ke bahu kiri dan ada yang tembus ke bawah bahu,” katanya ketika ditemui media di Hospital Pattani hari ini.

Kisah ustaz Salleh terselamat daripada enam das tembakan pada Isnin lalu tular di laman sosial termasuk di Malaysia.

Salleh yang turut ditemani isterinya di hospital berkata, ketika mula ditembak, dia tidak sedar walaupun terdengar bunyi tembakan itu.

Artikel Berkaitan:

Dia hanya merasa panas di bahagian dada sebelum melihat dadanya berdarah.

“Bila rasa panas, saya pegang dada dan tengok darah. Dalam hati saya kata, aku dah kena tembak.

“Lepas tu saya terus lari dan dengar lebih banyak tembakan dilepaskan. Namun saya bersyukur kerana selamat dalam tragedi itu," katanya yang diziarahi ramai anak murid dari seluruh Thailand.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!