Rumah terbuka Persatuan Anak Kelantan Puchong meriah
PUCHONG - Biarpun jauh dari negeri kelahiran namun seni dan budaya sesekali tidak ditinggalkan, itu antara keistimewaan di Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Anak Kelantan Puchong apabila menyajikan persembahan dikir barat dalam majlis yang diadakan di Dewan MPSJ di sini.
Persembahan dikir barat yang diserikan oleh anak-anak Kelantan itu memukau lebih 3,000 pengunjung yang hadir.
Presiden Persatuan Anak Kelantan Puchong, Mohamad Asrry Abdul Kadir berkata, menariknya penganjuran kali ini membawakan persembahan kebudayaan Kelantan kepada yang hadir.
"Banyak acara dipersembahkan pada majlis ini seperti dikir barat, ulik mayang dan pelbagai lagi.
"Saya lihat pengunjung yang hadir memberikan fokus sepenuhnya kepada setiap aktiviti kebudayaan yang kita jalankan dan ini merupakan satu keistimewaan yang kita tampilkan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, sambutan yang diadakan kali ini lebih meriah berbanding sebelum ini.
"Alhamdulillah, jika sebelum ini kita adakan secara kecil-kecilan, namun kali ini kita adakan di dewan dan ini menunjukkan Persatuan Anak Kelantan Puchong bersedia mengadakan majlis sebegini.
"Pengunjung pula tidak putus-putus datang biarpun cuaca hujan pada sebelah pagi," katanya.
Bercakap berkenaan Persatuan Anak Kelantan Puchong, katanya, persatuan ini mempunyai lebih 2,000 ahli di bawahnya.
"Sepanjang lima tahun ini, Alhamdulillah ahli semakin bertambah, tambahan pula dengan pelbagai program dan aktiviti kita adakan.
"Program diadakan bukan sahaja majlis hari raya, malah kita adakan program pada setiap bulan seperti pertandingan boling, futsal dan pelbagai lagi aktiviti lain," katanya.
Turut hadir sama pada majlis ini adalah Ahli Dewan Negara, Suresh Singh Rashpal Singh dan Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor.
#Lebih3,000hadirirumahterbukaPersatuan AnakKelantanPuchong #SinarHarianSelangorKL PUCHONG-Biarpun jauh dari negeri kelahiran namun seni dan budaya sesekali tidak ditinggalkan, itu antara keistimewaan di Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Anak Kelantan Puchong apabila menyajikan persembahan dikir barat dalam majlis yang diadakan di Dewan MPSJ disini. Persembahan dikir barat yang diserikan oleh anak-anak Kelantan itu memukau lebih 3,000 pengunjung yang bertandang. Presiden Persatuan Anak Kelantan Puchong Mohamad Asrry Abdul Kadir berkata menariknya penganjuran kali ini membawakan persembahan kebudayaan Kelantan kepada para pengunjung. "Banyak acara dipersembahkan pada majlis ini seperti dikir barat, ulik mayang dan pelbagai lagi. "Saya lihat pengunjung yang hadir memberikan fokus sepenuhnya kepada setiap aktiviti kebudayaan yang kita jalankan dan ini merupakan satu keistimewaan yang kita tampilkan kepada pengunjung yang hadir," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini. Katanya, sambutan yang diadakan kali ini lebih meriah berbanding sebelum ini. "Alhamdulillah, jika sebelum ini kita adakan secara kecil-kecilan, namun kali ini kita adakan bertempat di dewan dan ini menunjukkan Persatuan Anak Kelantan Puchong bersedia mengadakan majlis sebegini. "Pengunjung pula saya lihat tidak putus-putus datang biarpun cuaca agak hujan pada sebelah pagi namun cuaca kembali baik pada tenga hari, pengunjung masih lagi hadir ke majlis ini," katanya. LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI
Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Sunday, July 7, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!