Brazil juara Copa America, kalahkan Peru 3-1
BRAZIL mengakhiri penantian 12 tahun apabila kembali menjulang trofi Copa America selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Peru pada aksi final di Stadium Maracana, Rio de Janeiro sebentar tadi.
Everton membuka tirai jaringan Brazil pada minit ke-15 sebelum Peru menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti kapten, Paolo Guerrero seminit sebelum babak pertama berakhir.
Bintang Manchester City, Gabriel Jesus kembali menceriakan penyokong Brazil apabila meledak gol kedua tuan rumah pada masa kecederaan babak pertama.
Bagaimanapun, Jesus diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-70.
Beraksi dengan 10 pemain ternyata tidak melunturkan barisan The Selecao, sebaliknya mereka berjaya menambah gol ketiga hasil jaringan pemain gantian, Richarlison menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan.
Kejayaan tersebut menyaksikan gergasi Amerika Selatan itu merangkul kejuaraan Copa America kali kesembilan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!