Padah meludah sesuka hati
KUALA LUMPUR - Perilaku sesetengah warga kota termasuk warga asing yang meludah sesuka hati di tempat awam mengundang padah diri sendiri apabila dikenakan tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Unit Media DBKL dalam satu kenyataan berkata, Sabtu lalu, pihaknya telah mengadakan tindakan khas Penguatkuasaan Anti Kotor di Jalan Silang dan masih mengesan warga kota yang meludah dan membuang sampah kecil di kawasan awam sesuka hati.
"Dalam operasi tersebut sebanyak 19 notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang undang Kecil Larangan Meludah (WPKL) 2017 yang mana, mana mana orang yang melakukan kesalahan ini boleh, apabila disabitkan kesalahan, didenda tidak tidak kurang RM500 atau RM2,000," katanya hari ini.
Menurutnya lagi, DBKL berterusan mengesan warga kota yang tidak mengendahkan isu kebersihan walaupun telah berulangkali menjalankan tindakan penguatkuasaan terutama di Jalan Silang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!