Penglibatan orang ramai perlu untuk UNCAT: Mohamed Hanipa

Mohamed Hanipa Maidin (empat, kiri) bergambar bersama Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Othman Hashim (empat, kanan) dan Duta Besar Denmark Ke Malaysia Jesper Vahr (tiga, kiri) ketika Dialog Serantau Penyertaan Malaysia Kepada Konvensyen Menentang Penyeksaan Dan Layanan Atau Hukuman Lain Yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan Atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) hari ini. Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Penglibatan dan perbincangan orang ramai secara wajar diperlukan sebelum sebarang langkah diambil untuk menyetujui Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu Terhadap Penyeksaan dan Kekejaman Lain, Tidak Berperikemanusiaan atau Ketidakadilan Layanan dan Hukuman (UNCAT), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata, ini penting dalam memahami sentimen orang ramai terhadap sesetengah isu terutama dalam masyarakat yang berbilang agama seperti Malaysia.

Timbalan Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu dialog serantau mengenai cabaran yang dihadapi Malaysia berhubung penerimaan perjanjian itu oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini, hari ini.

Ketika ditanya bila agaknya kerajaan akan menyetujui UNCAT, Mohamed Hanipa berkata tidak ada lagi keputusan mengenai perkara itu.

“Perkara sedemikian perlu dibuat oleh Kabinet dan kami belum membuat apa-apa keputusan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!