Pembangkang akan menang PRU15?

Dalam Twitter miliknya semalam, Ahmad yakin pembangkang akan menang PRU15 dan turut berkongsi data kemenangan kerajaan serta pembangkang dalam pilihan raya umum 1959 hingga 9 Mei lalu.
Dalam Twitter miliknya semalam, Ahmad yakin pembangkang akan menang PRU15 dan turut berkongsi data kemenangan kerajaan serta pembangkang dalam pilihan raya umum 1959 hingga 9 Mei lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsi data statistik jumlah kerusi dimenangi kerajaan dan pembangkang sejak pilihan raya umum 1959 hingga PRU14 dalam Twitter miliknya semalam.

Menerusi ciapan di laman sosial itu, Ahmad yakin pembangkang akan menang pada PRU15 kelak.

Ia berdasarkan data itu yang menunjukkan trend pengurangan bagi jumlah kerusi dimenangi kerajaan, manakala pembangkang pula semakin naik sejak pilihan raya umum pertama hingga PRU13.

"Data ini cukup penting untuk pelajari politik Malaysia. Kerusi kerajaan makin sedikit. Kerusi pembangkang makin banyak (sebelum peristiwa lompat).

"Pembangkang boleh jadi kerajaan pada PRU15. Rakyat akan bertindak seperti negara-negara maju. Kematangan politik rakyat sudah sampai ke tahap itu," katanya.

Namun untuk kembali menang, Ahmad mengingatkan agar pemimpin Umno mempelajari erti kesetiaan dan ketabahan dalam perjuangan parti.

"Umno baru kalah tujuh bulan. PKR pernah cuma ada satu kerusi MP (Ahli Parlimen) Permatang Pauh lepas PRU 2004.

"Kini mereka ada 104 kerusi yang gunakan lambang PKR waktu PRU14 termasuk diguna Bersatu, Amanah dan DAP," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU14 lalu menyaksikan PH memperoleh kemenangan dengan 113 kerusi Parlimen, ditambah dengan lapan kerusi dimenangi Parti Warisan Sabah, mereka mempunyai 121 kerusi sekali gus membentuk kerajaan, manakala BN hanya menang 79 kerusi Parlimen, Pas (18), Bebas (3) dan Parti Solidariti Tanah Airku (1).

Namun selepas insiden lompat parti melibatkan ahli Parlimen Umno keluar parti dan menyertai Bersatu baru-baru ini, PH kini menguasai 128 daripada 222 kerusi Parlimen, melibatkan 16 kerusi daripada Bersatu, Amanah (11), DAP (42), PKR (50) dan Warisan (9).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!