Warga emas maut, nahas tiga kenderaan

Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Krai- Kota Bharu dekat Kampung Paya Lada Batu 10, Kadok hari ini.
Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Krai- Kota Bharu dekat Kampung Paya Lada Batu 10, Kadok hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas maut kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu dekat Kampung Paya Lada Batu 10, Kadok jam 11.20 pagi hari ini.

Mamat Ismail, 76, yang memandu Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kemalangan itu turut menyebabkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang memandu Perodua Kelisa patah kaki kanan, mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Sementara seorang lagi pemandu Perodua Myvi iaitu seorang wanita berusia 26 tahun, mengalami cedera ringan, dirawat di hospital yang sama.

Berdasarkan siasatan awal, Mamat yang memandu dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai bertembung dengan kereta Perodua Kelisa dari arah bertentangan.

Perodua Myvi yang berada di belakang Perodua Kelisa, tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta Proton Saga di bahagian sisi kiri hadapan.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, kesemua kenderaan yang terlibat ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

Artikel Berkaitan:

Saksi yang melihat kejadian diminta tampil atau menghubungi ibu pejabat polis terdekat untuk membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!