Kyriakos Mitsotakis dilantik PM baharu Greece
ATHENS - Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis hari ini secara rasmi mengambil alih jawatan daripada Alexis Tsipras selepas pemimpin berhaluan kiri itu ditewaskan dalam Pilihan Raya Umum semalam dengan 40 peratus undi.
Kemenangan itu berlaku empat tahun selepas Tsipras yang memimpin Parti Syriza berjanji untuk menamatkan langkah penjimatan yang dibantah banyak pihak.
Keputusan akhir menunjukkan Tsipras berada di tempat kedua dengan 31.5 peratus undi.
Susulan kemenangan beliau, Mitsotakis, 51, berikrar negara itu akan bangkit semula dengan bangga.
"Ia adalah mesej tegas untuk perubahan di Greece," ujarnya kepada saluran CNBC.
Minggu lalu, anak kepada bekas Perdana Menteri Konstantinos Mitsotakis berkata, beliau melihat misi untuk memulakan semula ekonomi dengan pertumbuhan bercita-cita tinggi didorong oleh pelaburan swasta, eksport dan inovasi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!