Kera mengamuk serang sawa batik

Anggota Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda terlibat dalam operasi terbabit.
Anggota Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda terlibat dalam operasi terbabit.
A
A
A

MERBOK - Keriuhan sekumpulan kera membuat bising beri isyarat kehadiran seekor ular sawa batik dekat sebuah rumah di Jalan Pekan Merbok kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Maziah Abdul Majid, 56, berkata, ketika sedang ambil angin di halaman rumah, dia dikejutkan oleh bunyi bising lebih 10 ekor kera yang menceroboh ke rumahnya.

Melihatkan keadaan itu, menurut Maziah, dia masuk ke dalam dan mengeluarkan mercun untuk menghalau haiwan berkenaan namun tidak berhasil.

"Nampak macam kera mengamuk, bunyi bising dan tak senang duduk, bergayut dari dahan ke dahan yang lain.

Maziah terpandang sawa batik ketika sekumpulan kera memberi isyarat dengan mengeluarkan bunyi bising.
Maziah terpandang sawa batik ketika sekumpulan kera memberi isyarat dengan mengeluarkan bunyi bising.

"Saya baling mercun, tak berganjak, terus mai dekat balik dengan keadaaan riuh-rendah.

"Bila saya nak pusing keliling rumah, kera-kera tu masih mai dekat melompat-lompat," katanya.

Menurutnya, dia hanya memahami keadaan itu setelah terpandang seekor ular sawa batik sedang membaham sesuatu dengan keadaan perut buncit berjarak kira-kira dua kaki dari kedudukannya.

Artikel Berkaitan:

"Saya sangka mungkin ular dah makan anak kera, boleh jadi kumpulan haiwan itu terlalu marah," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten PA Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.23 pagi tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Ular sawa batik anggaran berat 18kg ditemui dekat sebuah rumah di Jalan Pekan Merbok pagi tadi.
Ular sawa batik anggaran berat 18kg ditemui dekat sebuah rumah di Jalan Pekan Merbok pagi tadi.

Operasi diketuai Sarjan Aizon Majid bersama Pegawai Waran 2, Mohd Azmi Shafie, Koperal Zaiton Mohamed Ali dan Prebet lmeran Chek Nan.

"Setibanya di lokasi dimaklumkan ular seberat anggaran 18kg dan empat meter panjang ditemui di kawasan tepi pagar rumah sewaktu melakukan tinjauan kerana terdengar bunyi bising kera.

"Berdasarkan maklumat, mangsa mendakwa kemungkinan ular berkenaan telah menelan seekor anak kera kerana dalam masa sama, kelihatan sekawan kera turut menyerang ular tersebut," katanya.

Menurut Azahar, reptilia itu dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Muda untuk disimpan di rumah haiwan sebelum diserahkan kepada agensi berkenaan untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!