Ribut badai Rantau Panjang
RANTAU PANJANG - Beberapa buah premis perniagaan termasuk rumah penduduk di pekan ini rosak dipukul ribut petang tadi.
Kejadian sekitar jam 5 petang itu turut disusuli dengan hujan lebat.
Seorang penduduk, Siti Suzaita Che Nadim, 19, berkata, kejadian itu bukan sahaja menyebabkan premis perniagaan rosak malah rumah milik penduduk turut terkena tempiasnya.
"Bukan itu sahaja, beberapa batang pokok turut tumbang akibat dipukul ribut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Kejadian ribut yang membadai Rantau Panjang kemudian tular di media sosial selepas dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook.
Sementara itu Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Imran Ismail ketika dihubungi mengesahkan setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung kejadian itu.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!