Kerajaan setuju gugur perkataan mandatori: Dr Mahathir

Dr Mahathir (duduk tengah) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. -Foto Bernama
Dr Mahathir (duduk tengah) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menggugurkan perkataan mandatori bagi hukuman berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu membolehkan hakim membuat pilihan sama ada menjatuhkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 10 tahun kepada pesalahnya.

“Kita dapati bahawa masalah jenayah di negara ini merunsingkan kita, di antaranya ialah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.

“Untuk itu kita akan mengambil satu pendirian yang tegas walaupun kita didesak supaya menggugurkan perkataan mandatori apabila mereka didapati mengguna atau membawa dadah sekian banyak maka mereka akan dikenakan mandatori dan kuasa hakim kita ketepikan.

"Bahkan undang-undang menidakkan hak hakim untuk membuat hukuman yang dikenakan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat memandangkan kesalahan itu adalah perkara yang serius dan perlu dikenakan hukuman yang setimpal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!