Dron melukis mural grafiti gergasi

Mural grafiti gergasi yang dihasil melalui empat dron di Taman Aurelio Peccei di Turin, Itali.
Mural grafiti gergasi yang dihasil melalui empat dron di Taman Aurelio Peccei di Turin, Itali.
A
A
A

DRON pun boleh buat lakaran grafiti yang cantik. Itulah misi Firma Carlo Ratti Associati (CRA) melalui projek Urban Flying Opera (UFO) yang mahukan kelainan mural gergasi.

Menariknya, 1,200 ilustrasi kecil dikumpulkan melalui aplikasi terpilih sebelum memilih 100 corak untuk digabungkan dalam satu mural yang unik untuk komuniti di Taman Aurelio Peccei di Turin, Itali.

Hanya menggunakan arahan melalui kawalan komputer pusat, empat dron yang dilengkapi tin cat akan mula melukis dalam tempoh 12 jam tanpa henti.

Bercakap kepada portal New Atlas, pengasas Firma CRA, Profesor Carlo Ratti berkongsi pandangannya terhadap karya kolaboratif seni terbabit.

“Bandar ini adalah kanvas terbuka dan semua orang boleh menulis cerita mereka dengan banyak cara.

“Dengan UFO, kami cuba menggunakan teknologi dron untuk mencetuskan idea dan teknik baharu dalam melukis yang belum pernah dihasilkan,” katanya.

Dengan berukuran hampir 12 meter, mural gergasi itu dilukis mengikut tiga lapisan warna yang berbeza dan berasingan membawa makna tersendiri untuk komuniti itu.

Projek itu dibiayai Cultural Development Foundation Campagnia di San Paolo dan cetusan idea Firma CRA itu dilaksanakan Pusat Penyelidikan Teknologi Fondazione Links dengan kerjasama Tsuru Robotics.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!