Impian lelaki kulit hitam pertama ke angkasa tak kesampaian
JOHANNESBURG - Hasrat seorang lelaki warga Afrika Selatan mahu menjadi lelaki kulit hitam pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan motosikal pada Sabtu lalu.
Berita sedih itu disampaikan keluarga anggota Tentera Udara Afrika Selatan, Mandla Maseko yang dikenali sebagai Afrnonaut semalam.
Pada 2013, Maseko, 30, dari Pretoria menewaskan jutaan calon lain dari 75 negara dan terpilih sebagai salah seorang daripada 23 individu yang akan melakukan perjalanan ke suborbit menaiki kapal angkasa Lynx Mark II.
DJ sambilan itu juga pernah menghabiskan masa selama seminggu di Pusat Angkasa Kennedy di Florida untuk melakukan ujian sebagai persediaan untuk penerbangan ke angkasa tersebut yang pada asalnya dijadualkan pada 2015.
Menurut Maseko, dia mahu melakukan sesuatu yang boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada golongan muda di Afrika selain membuktikan mereka boleh mencapai apa sahaja impian tanpa mengira latar belakang. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!