Keluarga baharu Aliff Syukri dan Shahida...

Aliff Syukri dan Shahida. Foto: INSTAGRAM NUR SHAHIDA MOHD RASHID
Aliff Syukri dan Shahida. Foto: INSTAGRAM NUR SHAHIDA MOHD RASHID
A
A
A

“KELUARGA baharu saya di rumah," kongsi isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datin Nur Shahida Mohd Rashid dan juga turut memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Rakaman video tersebut, kelihatan seorang pemuda yang kelainan upaya (OKU) yang ingin sangat bertemu dengan suaminya, Datuk Aliff Syukri.

Kongsi Datin Shahida lagi, individu tersebut bisu dan tidak mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan sempurna.

“Keluarga baharu saya di rumah. Nama dia Syukri, umur 20 tahun. Tak boleh mendengar dan bercakap. Datang dari segamat, dia cari rumah saya katanya dari pagi sampai petang sebab nak jumpa dengan @aliffsyukriterlajaklaris... Katanya minat sangat.

“Alhamdulillah tetamu itu rezeki sebenarnya. Sembang-sembang guna telefon sahaja sebab saya tak pandai berkomunikasi bahasa insyarat... Katanya nak minta kerja, apa-apa kerja dia boleh buat.

“Alhamdulillah sudah tiga hari dia tinggal di rumah saya. Rajin orangnya... Bibik-bibik saya pun senang dengan dia sebab ringan tulang dan sangat baik. Mereka tulis pakai 'handfone' sahaja jika nak komunikasi," tulisnya.

Kongsinya lagi, dia berasa sayu apabila melihat walaupun pemuda itu OKU, dia sentiasa ceria berbanding kita yang sempurna asyik merungut sahaja kenapa begitu begini hidup kita.

Artikel Berkaitan:

"Sebenarnya, bila berjumpa awalnya sedih sebab dia walaupun kelainan upaya tapi gembira sahaja sentiasa ceria, kita ini yang sihat sempurna asyik merungut sahaja kenapa begitu begini hidup kita.

“Terus insaf dan menghargai apa jua nikmat yang ALLAH bagi. Jadi mengajar kita bersyukur sebenarnya dan menghargai kehidupan kita,” tulisnya panjang lebar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!