Sindiket judi di KL tumpas

Keadaan rumah yang dijadikan calling centre judi atas talian. -Foto IPK KL
Keadaan rumah yang dijadikan calling centre judi atas talian. -Foto IPK KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket perjudian dalam talian tumpas petang kelmarin selepas polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur di sini yang dijadikan sebagai pusat operasi.

Serbuan pada 3.55 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, ahli sindiket terdiri daripada sembilan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan selain merampas pelbagai peralatan digunakan untuk menjalankan kegiatan judi dalam talian.

Antara barang yang dirampas. -Foto IPK KL
Antara barang yang dirampas. -Foto IPK KL

Menurutnya, siasatan mendapati premis yang disewa sindiket berkenaan dijadikan ‘calling center’ atau pusat panggilan untuk tujuan pertaruhan.

“Sindiket terbabit dipercayai mensasarkan rakyat China dan tempatan sebagai pelanggan mereka.

“Dalam serbuan bersama pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu, polis merampas pelbagai peralatan antaranya 27 set komputer, 28 telefon bimbit, serta 30 modem, router dan peralatan lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rusdi berkata, semua individu ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan siasatan lanjut berhubung modus operandi dan dalang utama sindiket ini masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan (d) Akta Pertaruhan 1953," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!