Rebah ketika mahu menaiki motosikal

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia oleh orang awam di Jalan Mount Erskine kira-kira jam 7.35 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, Mohd Latif Marekan, 63 disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang yang tiba di tempat kejadian selepas dihubungi orang awam.

Menurutnya, dari keterangan saksi awam di tempat kejadian, mangsa dikatakan rebah ketika mahu menaiki motosikalnya.

"Saksi berkata, mangsa yang mahu menaiki motosikalnya rebah secara tiba-tiba. Mangsa kemudiannya diangkat ke sebuah kerusi lalu menghubungi pihak hospital.

"Bagaimanapun, mangsa telah meninggal dunia setelah pemeriksaan ke atasnya dilakukan. Hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa, tiada sebarang kesan lebam atau unsur jenayah ditemui," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, hasil keterangan keluarga mangsa mendapati, mangsa menghidap sakit jantung.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!