Hanya yang korup, lindungi rasuah takut isytihar harta: Guan Eng
SHAH ALAM - "Hanya yang korup atau mereka yang melindungi rasuah takut kepada pengisytiharan harta."
Demikian kata, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pengisytiharan harta merupakan idea komunis atau sosialis.
"Pengisytiharan harta bukan merupakan idea komunis atau sosialis, malah tidak diamalkan di kebanyakan negara berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Guan Eng, pendirian Pas menentang pengisytiharan harta jelas bertujuan melindungi pemimpin pembangkang yang terbabit dalam rasuah dan skandal 1MDB.
"Dengan berbuat demikian, Pas telah kehilangan teras moral dan etika dan tidak ada lagi sebab untuk menyokong parti yang telah menunjukkan ketidakcekapan besar dalam menguruskan ekonomi dan mentadbir negara.
"Ini dibuktikan oleh Pas apabila menjadikan Kelantan negeri gagal yang bankrap dari segi kewangan, apabila kerajaan negeri Kelantan tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awam," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anwar sangkal Hadi isytihar harta teori komunis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!