Hakisan laut ancam Indonesia

Kawasan pesisir pantai di Indonesia mengalami hakisan yang teruk pada setiap tahun.
Kawasan pesisir pantai di Indonesia mengalami hakisan yang teruk pada setiap tahun.
A
A
A

JAKARTA - Penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai di utara dan selatan Nusa Tenggara Timur di Indonesia kini semakin terancam.

Menurut pemerhatian pegawai tempatan dan penduduk sekitar, gelombang dari Laut Flores telah menghakis pantai desa Aeramo yang paling ramai didiami penduduk yang menyaksikan hakisan berlaku sebanyak tiga hingga empat meter pada setiap tahun.

“Pantai kini mengalami hakisan,” kata Bupati Nagekeo, Johanes Don Bosco Do.

Negara kepulauan terbesar di dunia itu kini kehilangan kawasan pesisir akibat kenaikan paras laut dan aktiviti ekonomi yang tidak lestari.

Menurut kajian dilakukan Kementerian Perikanan dan Hal Ehwal Maritim, negara itu telah hilang kira-kira 1,950 hektar kawasan pesisir setiap tahun akibat hakisan.

Sejak 15 tahun lalu, Indonesia telah hilang 29,261 hektar kawasan pesisir pantai yang bersamaan saiz Jakarta dan hanya 895 hektar pantai baharu terbentuk setiap tahun hasil daripada pemendapan secara semula jadi.

Difahamkan, pantai utara Pulau Jawa adalah salah satu kawasan paling terjejas akibat hakisan manakala tiga wilayah turut terkesan adalah Jawa Tengah, Jawa Timur dan Sulawesi Tenggara.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Oseanografi di Institut Sains (LIPI), Wahyu Budi Setiawan

Artikel Berkaitan:

berkata, faktor tempatan mungkin memainkan lebih banyak peranan dalam hakisan tersebut berbanding faktor global.

“Kenaikan paras laut disebabkan oleh pemanasan global mungkin menyumbang kepada hakisan di beberapa wilayah. Gangguan pada landskap pantai memainkan peranan besar dalam memburukkan lagi fenomena tersebut,” ujarnya.

Hakisan di sepanjang pantai barat Demak, Jawa Tengah sejak 20 tahun lalu telah menyebabkan tiga desa, Bedono, Rejosari dan Timbulsloko tenggelam ke laut.

Pakar mendakwa keadaan itu disebabkan oleh pembinaan pelabuhan dan projek industri.

Susulan itu kerajaan mengambil langkah menggunakan struktur hijau dijangka bertindak sebagai pengganti hutan bakau yang membantu dalam proses pemendapan dan pembentukan tanah baharu.

Kementerian Perumahan dan Kerja Awam menganggarkan 1,025 hektar kawasan pesisir pantai akan dipulihkan melalui pendekatan tersebut menjelang akhir tahun ini. - Jakarta Post

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!