Milan tak mungkin jual Donnarumma

Donnarumma memilih untuk setia bersama AC Milan.
Donnarumma memilih untuk setia bersama AC Milan.
A
A
A

AC Milan tidak akan menjual penjaga golnya, Gianluigi Donnarumma dan menegaskan pemain itu akan kekal di San Siro untuk jangka masa panjang.

Pengarah teknikal kelab, Paolo Maldini berkata, Milan sudah mempunyai perancangan dalam usaha memastikan Donnarumma menjadi antara penjaga gol terbaik di dunia.

"Misi kami ketika ini adalah untuk menjaga Donnarumma dan pastikan dia kekal di Milan. Kami juga telah memasukannya dalam projek jangka panjang untuk kelab kami.

"Saya harap ia menjawab soalan mengenai masa depan pemain itu. Dia (Donnarumma) juga sudah bersetuju untuk kekal di sini," katanya.

Sebelum ini tersebar laporan bahawa Milan mahu menjual prospek bernilai mereka itu selepas penjaga gol berusia 20 tahun tersebut enggan menyambung kontrak yang berbaki dua tahun lagi.

Malah, Paris Saint Germain (PSG) dilaporkan sedia berbelanja besar untuk mendapatkan Donnarumma selain turut menawarkan penjaga gol simpanan, Alphonse Areola sebagai klausa tambahan pembelian itu.

"Kami akan cuba sedaya upaya memastikan bakat besar sepertinya terus bermain di sini dan kami akan membentuknya menjadi pemain yang berkualiti.

"Kami juga sudah berbincang dengan keluarga dan ejen, Mino Raiola dan mereka setuju untuk terus berada di Itali," kata Maldini.

Artikel Berkaitan:

Donnarumma mula beraksi bersama Milan pada 2015 dan tampil 142 perlawanan dalam semua kejohanan buat I Rossoneri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!