Dah kena tahan...

Kenderaan terbabit disita untuk tindakan lanjut JPJ.
Kenderaan terbabit disita untuk tindakan lanjut JPJ.
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis mengesahkan sudah menahan seorang lelaki yang tular di Facebook kerana memandu sebuah kereta diubah suai dengan meletakkan mesin rumput, baldi dan rangka motosikal serta basikal atas bumbung kenderaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, berdasarkan maklumat awam, pemandu berusia 55 tahun itu ditahan di Jalan Dato' Taiban, di sini jam 10.30 pagi semalam.

Menurutnya, semakan polis mendapati lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Viva itu melakukan tiga kesalahan trafik.

"Polis mengeluarkan tiga saman iaitu lesen memandu tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh dan membawa lebih muatan berbahaya.

"Kami kemudiannya menyita kenderaan terbabit untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Chee Khoon berkata, lelaki terbabit sebelum ini mempunyai dua rekod trafik iaitu melanggar lampu isyarat merah dan pernah terbabas kemalangan motosikal.

Ujarnya, hasil semakan terhadap kereta dipandu lelaki terbabit mendapati, kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang adik perempuannya.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain meletakkan beberapa barangan atas bumbung kereta, badan kenderaan itu turut diconteng dengan tulisan 'hari bumi rumput', 'mahir pelbagai kerja' dan pelekat bernombor 17 selain meletakkan sabit sawit di sisi kiri kereta terbabit.

Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman dalam status Facebooknya meminta pihak berwajib mengambil tindakan terhadap pemandu tersebut yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Tindakannya meletakkan barang menjelikkan pemandangan dan mengganggu parkir awam.

"Saya sudah adukan kepada pihak berwajib. Tolonglah ambil tindakan yang sesuai," katanya.

Kenderaan terbabit disita untuk tindakan lanjut JPJ.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!