Ceroboh landasan LRT, warga Myanmar didenda RM700

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Akibat menceroboh kawasan landasan stesen transit aliran ringan (LRT), seorang pekerja binaan warga Myanmar dijatuhi hukuman denda RM700 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Taufiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman itu terhadap Kyaw Naing Win, 38, selepas dia mengaku bersalah menceroboh landasan LRT Hang Tuah, di Jalan Hang Tuah di sini, pada 2.05 pagi, 28 Jun lepas.

Taufiq menasihati tertuduh agar tidak menyusahkan diri dengan perbuatan berbahaya tersebut dan turut menasihati majikan Kyaw yang hadir agar menjaga serta mengambil berat hal pekerjanya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Kyaw yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah menjatuhkan hukuman ringan bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Rajdeep Singh memohon hukuman setimpal bagi pengajaran kepada tertuduh.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!