Atlet Kelantan patuh pemakaian syariah

Ridwan (kiri) bersama pihak yang sama-sama menjayakan program Gastak 2019.
Ridwan (kiri) bersama pihak yang sama-sama menjayakan program Gastak 2019.
A
A
A

KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan yakin semua pentadbir acara sukan di negeri ini telah memastikan atlet dan pemainnya mengikut syariat pemakaian Islam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Zuraidin Abdullah berkata, setakat ini, pihaknya mendapati tiada sebarang masalah buat pengurusan sukan di negeri ini untuk memastikan pakaian sukan yang digunakan menutup aurat.

"Perkara ini tidak menjadi masalah buat pemain dan mana-mana acara sukan, kecuali ada satu dua sukan seperti gimnastik, sukan-sukan lain seperti bola dan sepak takraw kita boleh mengadaptasikan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Majlis Penghargaan Penajaan Gabungan Sepaktakraw Kebangsaan Kelantan (Gastak) 2019.

Hadir sama penaja, Pengurus Besar Ko Ummah Ridwan Che Musa dan Ahli Lembaga Pengarah, Ko Ummah, Muhammad Khairul Anan Zulkifli.

Zuraidin berkata, sebagai contoh, acara tomoi yang sering dianjurkan juga tidak ada masalah apabila peserta mengenakan sut pakaian yang menutup aurat.

"Bahkan kalau kita tengok semasa perlawanan, sekiranya seluar mereka terdedah, pengadil akan memberhentikan perlawanan nak meminta pemain memperbetulkan," katanya.

Sementara itu, Ridwan berkata, pihaknya memberi sokongan kepada pembangunan sukan negeri dengan menyalurkan bantuan yang sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

"Kita menjadi rakan strategik dan bangunkan sukan ini di peringkat akar umbi, selain itu ada beberapa produk kita berkait dengan sukan, kita mahu jenamakan produk ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!