Eyra Hazali dedah dugaan bertunang

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Eyra Hazali dan tunang juga merupakan penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli membuat pendedahan secara eksklusif di Instagram TV tentang dugaan dalam bertunang, baru-baru ini.

Kata Eyra, 20, menerusi IGTV miliknya, dia dan Haziq masing-masing berdepan banyak dugaan namun Eyra mengakui dugaan itu datang daripada diri sendiri

“Banyak dugaannya tetapi ia lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Masing-masing nak cari gaduh dan silap. Saya banyak overthinking,” luahnya.

Sementara itu, Haziq, 21, membuat pendedahan mengejut.

11
11

“Saya pula dugaan pun banyak juga... Walau bagaimanapun, alhamdulillah setakat ini saya tak pernah melafazkan putus,” katanya sambil mengusik Eyra.

Tidak berdiam diri aktres yang popular menerusi drama Mr Grey itu terus membalas kenyataan Haziq.

“Gaduh paling teruk pun ketika bulan puasa. Saya tak minta putus pun cuma beri amaran dekat dia, tapi dia gelak-gelak,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam rakaman IGTV Eyra turut memberitahu dalam perkembangan terkini dia sedang sibuk menguruskan beberapa hal berkaitan majlis itu.

“Sekarang ini saya dan Haziq nak pergi fitting Azura Couture, harap muatlah,” kongsinya.

Sehingga kini perkongsian Eyra mencuri perhatian dan mendapat like sebanyak 387,594 dan 436 komen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!