Bella Dally terkilan gambar lama disunting sebagai prop drama

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Bella Dally meluahkan rasa terkilannya terhadap syarikat produksi JS Pictures, yang menerbitkan telefilem Silang dan ditayangkan pada Sabtu lalu apabila menggunakan foto perkahwinannya dengan bekas suami, Nazim Othman sebagai props sehingga menjadi tular.

Biarpun foto tersebut disunting dengan menggantikannya dengan wajah pelakon Emma Maembong, namun ramai peminat dan penonton telefilem berkenaan menyedari foto asal adalah miliknya.

No Image Caption

Menurut pelakon Cinta 11 Syarat ini, dia hanya tahu tentang perkara berkenaan apabila diberitahu peminat dan rakan-rakannya pada Sabtu lalu.

Inginkankan penjelasan, Bella telah menghubungi sendiri penerbit telefilem tersebut, Shiela Rusly menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan perkara tersebut.

No Image Caption

Menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya semalam, Bella telah memuat naik paparan perbualannya dengan Sheila Rusly yang menyaksikan Sheila memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Sorry dear, on behalf of my team, I apologise. I will get my prop master tp apologise.

Artikel Berkaitan:

“My mistake juga sebab tak sensitive dengan isu ini. Sorry again,” jelas Sheila sebagai respons.

No Image Caption

Dalam paparan berlainan, salah seorang ahli produksi dari bahagian Art Department syarikat penerbitan berkenaan turut tampil berbuat perkara sama.

“Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya menggunakan gambar kahwin awak untuk diedit sebagai bahan prop saya dalam tele itu,” tulisnya.

Bagaimanapun, Bella kemudiannya telah memadam hantaran yang dibuatnya semalam berkaitan isu ini. Mungkin tidak mahu isu ini terus diperkatakan apatah lagi pihak yang terbabit telahpun memohon maaf dan mengakui kesilapan mereka.

Apa pun semoga semua pihak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!