Polis sahkan laporan pembantu rumah dakwa dirogol Exco Perak

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia lingkungan 20-an mendakwa dirogol oleh majikannya yang juga seorang Exco Kerajaan Perak.

Difahamkan, mangsa membuat laporan polis Isnin lalu selepas dirogol majikannya sehari sebelum itu di sebuah kediaman di Meru, Jelapang, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan sedang dijalankan termasuk merakam percakapan mangsa.

"Saya sahkan siasatan sedang dijalankan dan kita sedang dalam proses mengumpul segala maklumat untuk tindakan selanjutnya.

"Wanita terbabit (mangsa) kini berada dalam pengawasan polis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Razarudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes ini sehingga siasatan dilengkapkan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily mengesahkan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Difahamkan, keterangan Exco terbabit akan diambil Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!