IPOH - Exco Kerajaan Perak yang dikaitkan dengan dakwaan rogol pembantu rumah menafikan melakukan perbuatan itu hari ini. Menurut kenyataan dari pejabat Exco berkenaan, beliau menegaskan tidak pernah melakukan perbuatan itu selain menyifatkan ia sebagai suatu fitnah. "Biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan saya sedia memberi kerjasama sepenuhnya. Saya percaya bahawa polis akan bersikap profesional dan telus menjalankan siasatan kes ini,” katanya. Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memandang serius tuduhan tersebut dan tindakan yang sepatutnya akan diambil bergantung pada hasil siasatan polis.ARTIKEL BERKAITAN: EXCO Perak didakwa rogol pembantu rumah