Sedia gerakkan belia bantu mangsa tsunami
PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia menggerakkan belia Malaysia bagi membantu Indonesia menghadapi bencana tsunami yang membadai Selat Sunda, malam tadi.
Melalui perkongsian cerita di laman sosial Facebook beliau, Syed Saddiq berkata, pasukan kementerian bersedia menggerakkan belia Malaysia bagi menghulurkan sebarang bentuk bantuan.
Pada masa yang sama Syed Saddiq mohon kepada ALLAH agar semua mangsa diberikan kesabaran dan kekuatan menempuhi dugaan.
"YA ALLAH berikan kekuatan dan kesabaran kepada saudaraku di Indonesia dalam menempuh dugaan yang begitu berat sekali. Doaku akan sentiasa bersama mereka semua,"tulisnya dalam status cerita di laman Facebook peribadinya.
Tsunami dilaporkan melanda Selat Sunda di antara pulau Jawa dan Sumatera sekitar jam 9.27 malam tadi (Waktu Malaysia 10.57 malam).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!