Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN

Najib
Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat malam ini.

“Beliau akan menjalankan tugas membantu Barisan Nasional dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Najib yang berkongsi surat pelantikan itu di laman sosial Facebooknya menulis, "onnnnnn. Saya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN. Kita lawan PH bersama.Tumbangkan kerajaan yang hanya mementingkan kroni dan menyusahkan rakyat ini."

Mesyuarat malam ini turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Kaa Siong, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan sayap Wanita, Pemuda dan Wanita UMNO.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!