NEW DELHI - Tiga lelaki bertindak tidak berperikemanusiaan menculik dan merogol seekor anjing secara bergilir-gilir dalam kejadian kekejaman terhadap haiwan terbaharu di India. Insiden menggemparkan itu berlaku di kawasan Hathras di Uttar Pradesh pada Khamis lalu. Pemiliknya Santosh Devi berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut dikenali keluarganya dan turut menyewa bersebelahan kediaman mereka. "Mereka menggunakan telur untuk memujuk anjing spesies Pomeranian sebelum menculik dan melakukan perbuatan keji itu. Kesemua mereka juga dipercayai mabuk," ujarnya. Menurutnya lagi, dia menyedari kehilangan anjing peliharaannya itu pada jam 10 malam (waktu tempatan) dan tidak mengesyaki apa-apa. Namun, Devi mula bimbang selepas haiwan itu masih tidak pulang pada keesokan pagi. Dia kemudiannya menjumpai anjing itu dalam keadaan cedera parah di rumah sewa lelaki tersebut dan turut mengalami kecederaan dalaman yang teruk akibat perbuatan mereka. Susulan itu, pemiliknya membuat laporan di balai polis Hathras dan siasatan telah dijalankan. Dalam kejadian di Chennai, seorang lelaki dikenali sebagai Bhaskar, 30, ditahan selepas perbuatannya melakukan seks luar tabii ke atas empat anak anjing kantoi menerusi rakaman sistem litar tertutup (CCTV) di kawasan lapang di Mathur berhampiran Madhavaram pada 14 Mac lalu. - Agensi