Pelajar terlantar derita kanser tulang

Azeem menerima lawatan Wan Yusrizal yang mewakili Dr Khairuddin di rumahnya di Tetambah.
Azeem menerima lawatan Wan Yusrizal yang mewakili Dr Khairuddin di rumahnya di Tetambah.
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang remaja dari Tetambah di sini terpaksa menangguhkan persekolahannya selama setahun selepas keadaan kesihatannya semakin menurun akibat kanser tulang dihidapinya sejak tahun lalu.

Abdul Azeem Thaqiff Azman, 16, yang mesra dipanggil Azeem merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu kini hanya mampu terbaring di atas katil.

Bapanya, Azman Yusof, 48, berkata, penyakit dihidapi Azeem mula dikesan bermula pada bahagian tulang lutut serta paha apabila anggota itu membengkak seterusnya terpaksa dibedah dan digantikan dengan besi.

Menurutnya, tulang lutut dan paha anak bongsu daripada tiga beradik itu dibedah bulan lalu dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Universiti Kubang Kerian di Kota Bharu Kelantan untuk rawatan kimoterapi.

"Azeem dibenarkan pulang ke rumah dari hospital selepas terlantar hampir sebulan dan perlu mengikuti jadual rawatan kimoterapi di hospital itu yang masih berbaki dua kali lagi," katanya ditemui Sinar Harian.

Azeem kini hanya mampu terlantar di katil selepas keadaan kesihatannya menurun akibat kanser tulang dihidapinya.
Azeem kini hanya mampu terlantar di katil selepas keadaan kesihatannya menurun akibat kanser tulang dihidapinya.

Sebelum itu, Azeem yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun lalu menerima lawatan Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi’i.

Wan Yusrizal mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian bagi meringankan beban ditanggung keluarga terbabit.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Azman berkata, anaknya mendapat bantuan perubatan bagi pembedahan memasukkan besi pada bahagian lutut pada bulan lalu namun bantuan itu dianggap masih tidak mencukupi.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Azeem boleh menghubungi Azman di talian 013 6708000 atau menyalurkan sumbangan melalui Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!