Ibu kematian anak terharu terima bantuan Perkeso

Tung Siong ( tuga dari kanan) menyampaikan cek Perkeso kepada Haslina ( tiga dari kiri) sambil diperhatikan Tong Sing Chua dalam majlis penyerahan Bantuan Cek Perkeso di di Taman Pontian Jaya, di sini baru-baru ini.

A
A
A

PONTIAN- Ibu tunggal Haslina Md Hamzah,50 terharu apabila menerima faedah pencen orang tanggungan dari Pertubuhan Kebajikan Sosial ( Perkeso), baru-baru ini.

Ibu kepada empat orang anak ini menerima cek sebanyak RM1,000 bagi faedah pengurusan jenazah dan RM552 pencen orang tanggungan ekoran kematian anaknya Mohd Ammyerul Fahmie Ripin, 26.

Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong yang turut dihadiri Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuan di rumahnya di Taman Pontian Jaya, dekat sini.

Menurutnya, anaknya itu ada memaklumkan niatnya untuk makan bersama rakan-rakan sebelum syif kerja malam bermula.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.45 petang di simpang Parit Selangor pada 28 Jun itu, anaknya yang bekerja sebagai juruteknik kilang di Pekan Nanas meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!