Pahang cuti 30, 31 Julai

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN -Tarikh 30 dan 31 Julai ini diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri Pahang bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan hari pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 12 Jun lalu.

Menurutnya, memandangkan dua peristiwa berbeza itu jatuh pada hari sama, kerajaan negeri membuat keputusan menetapkan 30 dan 31 Julai ini sebagai hari kelepasan am bagi negeri ini.

“Semoga rakyat Pahang dapat menghargainya dan menggunakan hari kelepasan am selama dua hari itu dengan sebaiknya,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan 30 Julai sebagai hari pelepasan am sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah.

Ketetapan itu dibuat kerajaan negeri berdasarkan kuasa diberikan mengikut Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!