Penemuan ngeri mayat lelaki, wanita dalam rumah di Banting

Dua mayat dipercayai warga asing ditemui di sebuah rumah di Kampung Tali Air, Banting, semalam.
Dua mayat dipercayai warga asing ditemui di sebuah rumah di Kampung Tali Air, Banting, semalam.
A
A
A

BANTING - Dua mayat dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah rumah di Jalan Kampung Tali Air, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, polis menerima maklumat kejadian tersebut daripada orang awam yang membuat panggilan kira-kira jam 5.20 petang.

Menurutnya, sepasukan polis yang tiba di lokasi mendapati satu mayat lelaki dalam keadaan tergantung, manakala satu lagi mayat wanita terbaring di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah.

"Pemeriksaan terhadap kedua-dua mayat mangsa tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri selain tiada kesan suntikan BCG pada lengan dan dipercayai adalah warga asing.

"Maklumat awal kita mendapati mangsa wanita dipercayai warga Indonesia, manakala mangsa lelaki warga India atau Bangladesh," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Besi sepanjang satu meter dengan kesan darah ditemui berhampiran mayat wanita di sebuah rumah di Kampung Tali Air, Banting, semalam.
Besi sepanjang satu meter dengan kesan darah ditemui berhampiran mayat wanita di sebuah rumah di Kampung Tali Air, Banting, semalam.

Azizan berkata, pemeriksaan forensik terhadap mangsa wanita mendapati terdapat kesan luka hentakan di bahagian dahi dan pipi dipercayai dipukul dengan batang besi. Ini berdasarkan terdapatnya sebatang besi sepanjang kira-kira satu meter dengan kesan darah berhampiran selain kesan jerutan di lehernya.

Katanya, kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian termasuk mengesan saksi serta mana-mana individu yang mengenali kedua-dua mangsa ini. Selain itu, pemeriksaan di sekitar rumah mendapati tiada kesan pecah, malah pintu juga dikunci dari bahagian dalam.

"Kita juga masih menyiasat kaitan kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an itu. Maklumat awal diterima mengesahkan mangsa lelaki terbabit telah menyewa rumah berkenaan sejak kira-kira sebulan lalu," katanya.

Kes ini diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!