Wan Ji yang saya kenali sokong kesultanan

Ustaz Wan Ji
Ustaz Wan Ji
A
A
A

USTAZ Wan Ji adalah seorang Exco Kluster Silang Budaya di Nadwah Ulama dan Ilmuan Islam (Nuim) - Yadim.

Sebelum saya kenal Ustaz Wan Ji, saya ingat beliau adalah seorang guru agama pondok yang taksub dengan kesolehan diri.

Maka, perkara pertama yang saya buat kali pertama bertemu dengan beliau ialah saya terus mengkritik idea-idea beliau untuk test ego beliau.

Saya terkejut bila sepanjang kritikan saya, beliau senyum dan cool belaka.

Sempat berlawak lagi!

Salah satu hujah saya ialah bahawa institusi Raja yang Islamik adalah teramat penting untuk mengimbangi kuasa Perdana Menteri.

Ustaz Wan Ji senyum dan mengangguk tanda setuju. Beliau tidak taksub dengan pendapatnya sendiri.

Bukan mudah untuk berhujah dengan ilmuwan agama yang kritis seperti beliau tetapi jika jelas terbukti perspektifnya lemah, beliau tidak ragu-ragu untuk ubah perspektif.

Artikel Berkaitan:

Ramai yang menfitnah beliau sebenarnya tidak cukup kritis untuk berdebat dengan beliau secara bersemuka.

Nabi SAW pernah murka terhadap Khalid Ibnul Walid kerana keterlanjuran Khalid tetapi Baginda tetap nampak kewibawaan Khalid sebagai Saifullaah.

Hati Nabi SAW cukup luas dan nampak jauh ke depan kekuatan Khalid walaupun Baginda murka. Ustaz Wan Ji adalah Saiful Hujjah (Pedang Hujah) dalam memartabatkan maruah Islam dalam masyarakat majmuk.

Saling maaf-bermaafan demi menguatkan ummah adalah tunggak Rahmatan Lil-'Aalamiin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!