AS perlu bertindak kes pembunuhan Jamal Khashoggi

Jamal Khashoggi, penulis di Washington Post dibunuh oleh ejen Arab Saudi ketika mendapatkan dokumen di Istanbul.
Jamal Khashoggi, penulis di Washington Post dibunuh oleh ejen Arab Saudi ketika mendapatkan dokumen di Istanbul.
A
A
A

LONDON - Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjalankan siasatan bebas terhadap pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi menggesa Amerika Syarikat (AS) bertindak atas penemuan siasatan itu.

Agnes Callamard, pelapor khas PBB yang mendapati kematian Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober sebagai 'hukuman di luar kehakiman' oleh negara Teluk itu, mengkritik AS kerana tidak mengambil sebarang tindakan.

“Ia ada bidang kuasa atau sekurang-kurangnya kepentingan untuk bertindak,” katanya pada persidangan di London anjuran kumpulan hak asasi manusia berkenaan pembunuhan Khashoggi, warga Arab Saudi tetapi menetap di AS.

“Diam bukan pilihan. Kita perlu bertindak,” kata Callamard.

Khashoggi, penulis di Washington Post dibunuh oleh ejen Arab Saudi ketika mendapatkan dokumen di Istanbul.

Mayatnya yang didakwa dikerat-kerat masih tidak ditemui.

Callamard melancarkan siasatannya pada Januari dan bulan lalu, beliau mengeluarkan laporan 101 halaman yang menemui “bukti kukuh” mengaitkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dengan pembunuhan itu dan cubaan menutupnya.

Beliau berkata tidak menerima kerjasama dari Riyadh dan bantuan yang sedikit saja dari AS. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!