Ajal atas pokok manggis

Anggota bomba menurunkan mangsa yang tersangkut.
Anggota bomba menurunkan mangsa yang tersangkut.
A
A
A

TRONG - Seorang lelaki maut di atas sebatang pokok manggis ketika memanjat pokok berkenaan, di Jalan Besar Kampung Jawa, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 59 tahun disangka pengsan di atas pokok, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian selepas dia dibawa turun anggota bomba.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Mohd Amir Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat seorang lelaki dipercayai pengsan di atas pokok pada jam 11.47 pagi.

"Anggota bertugas menurunkan mangsa menggunakan tali dan teknik lowering.

"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 12.43 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!