Pelancong cemas jumpa mayat reput terapung

Bomba menemukan mayat wanita reput, kira-kira dua kilometer dari sebuah jeti pelancongan semalam.
Bomba menemukan mayat wanita reput, kira-kira dua kilometer dari sebuah jeti pelancongan semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kegembiraan sekumpulan pelancong yang menaiki bot dari sebuah pusat pelancongan di sini bertukar cemas selepas mereka menemukan mayat reput.

Ia berlaku kira-kira dua kilometer dari sebuah jeti pelancong di tebing Sungai Kuala Selangor di sini lewat petang semalam.

Mayat wanita berusia lingkungan 50-an tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu ditemukan pada jam 7.28 petang sebelum dimaklumkan kepada polis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.31 petang meminta bantuan mengambil mayat berkenaan.

"Seramai tujuh anggota diketuai Ketua Komander Operasi, Ahmad Rozali Jaimi ke lokasi kejadian," katanya.

Operasi membawa mayat itu turut mendapat bantuan daripada bot pelancong dan nelayan tempatan.

"Operasi membawa mayat yang dalam keadaan tertiarap itu ke jeti mengambil masa kira-kira 20 minit untuk diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Operasi tamat sepenuhnya jam 8.50 malam tadi" katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!