Tak naik harga sejak 21 tahun lalu

Nazita (kiri) masih lagi mampu menyerap kos peningkatan bahan mentah sejak memulakan perniagaan itu dua dekad lalu.
Nazita (kiri) masih lagi mampu menyerap kos peningkatan bahan mentah sejak memulakan perniagaan itu dua dekad lalu.
A
A
A

MARANG - Peningkatan kos barangan setiap tahun bukan alasan buat pengusaha dan pembekal keropok lekor di Undang, di sini, untuk menaikkan harga jualannya sejak 21 tahun lalu.

Pengusaha Kedai Keropok Lekor Undang 370, Nazita Mohd Lazim, 39, mengakui dia masih mengekalkan harga jualan produknya pada harga RM50 bagi 51 batang keropok lekor sejak dahulu.

Beliau berkata, dia masih lagi mampu menyerap kos peningkatan bahan mentah sejak memulakan perniagaan itu dua dekad lalu demi mengurangkan bebanan peniaga kecil-kecilan.

Menurutnya, bahan mentah membuat keropok lekor seperti isi ikan dan tepung sagu meningkat setiap tahun dan lebih tinggi pada musim tengkujuh namun tidak terfikir untuk menaikkan harga jualannya.

"Tepung sagu naik boleh dikatakan pada setiap bulan antara RM2 hingga RM5 manakala harga isi ikan selayang dan kerisi pula melonjak pada musim tengkujuh berbanding hari biasa.

"Kami perlu kekalkan harga biasa walaupun harga bahan mentah sentiasa naik. Pada musim tengkujuh kali ini harga isi ikan pula naik 100 peratus berbanding hanya RM4 sekilogram sebelum ini.

"Pendekatan ini bagi membolehkan peniaga kecil kecilan yang membeli keropok lekor secara borong di kedai kami mampu memperoleh keuntungan walaupun keuntungan kami semakin mengecil," katanya, hari ini.

Dalam pada itu, pendekatan juga bagi menyahut seruan kerajaan agar tidak menaikkan harga makanan bagi memastikan pengguna tidak terbeban selain dapat mempromosikan makanan tradisional Terengganu itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!