Penjawat awam hadapi tuduhan pecah amanah RM33,245

No Image Caption
A
A
A

LABUAN - Seorang penjawat awam kanan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan RM33,245.

Rizal Siuneh, 40, didakwa di hadapan Pendaftar Mahkamah Labuan Haizah Tamin. Tiada pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Rizal dituduh melakukan kesalahan itu di Jabatan Bomba dan Penyelamat Kampung Jawa Labuan antara Januari dan Disember 2009.

Pegawai pendakwa ASP Hasnan Abidin mencadangkan jaminan RM10, 000 dengan dua penjamin, namun Haizah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan, dan menetapkan 25 Julai untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen.

Rizal ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Labuan ASP Haslina Hassan pada Selasa kerana disyaki menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan pecah amanah wang kerajaan bagi yuran pengesahan pemadam kebakaran. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!