Wanita UMNO soal kerajaan kenapa lantik transgender Rania Zara

Lantikan Rania Zara Medina sebagai ahli CCM 2019-2021 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia cetus kontroversi.
Lantikan Rania Zara Medina sebagai ahli CCM 2019-2021 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia cetus kontroversi.
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita UMNO mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat alasan mereka melantik transgender Rania Zara Medina menganggotai Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM).

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pelantikan Rania Zara mewakili Kementerian Kesihatan jelas mencabar nilai moral masyarakat.

“Wanita UMNO mengecam pelantikan Rania Zara sebagai AJK dalam CCM bagi penggal 2019-2021 kerana beliau dikenali sebagai pejuang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

ARTIKEL BERKAITAN: Lantikan Rania Zara Medina ikut prosedur

Pelantikan mak nyah dalam CCM cetus kontroversi

“Adakah perlantikan tersebut menunjukkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah mengiktiraf golongan yang secara jelas mempromosikan LGBT? ” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noraini berkata, Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh yang dipandang tinggi di mata dunia dan pelantikan golongan transgender ini bakal memberi gambaran buruk terhadap agama Islam.

Semalam, media melaporkan Kementerian Kesihatan melantik Rania Zara melalui surat pelantikan rasmi bertarikh 25 Jun lalu.

Surat pelantikan yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye itu telah dikongsikan oleh Rania Zara dalam laman Facebook rasminya kelmarin sehingga mendapat perhatian warga maya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!