Polis 'jaga' aiskrim
AUSTIN - Gambar dua anggota polis di Texas, Amerika Syarikat berkawal di hadapan bahagian aiskrim Blue Bell di sebuah pasar raya menjadi tular.
Gambar yang dikongsi pada akhir minggu lalu dengan kapsyen 'Tiada orang boleh jilat aiskrim Blue Bell!' itu telah dikongsi lebih 1,500 kali di Facebook.
Foto tersebut menjadi perhatian pengguna media sosial susulan perbuatan tidak bertanggungjawab seorang remaja menjilat bekas aiskrim terbabit dan meletakkannya semula pada rak yang turut menjadi tular pada minggu lalu.
Tindakan remaja terbabit juga mencetuskan peniru perbuatan sama di Lousiana.
Isnin lalu, Blue Bell mengumumkan ia akan menambah 'kawalan keselamatan' pada aiskrim mereka. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!